MEMBACA SELAWAT IBADAH (ZIKRULLAH) YANG PALING UTAMA DAN PALING BESAR PAHALANYA
# Selawat Kunci ( الفاتح لما اغلق) pembuka Makrifatullah dan segala Rahsia RahsiaNya
واعلموا أن العلماء إتفقوا على وجوب الصلاة والسلام على النبي صلى الله عليه وسلم , ثم اختلفوا في تعيين الواجب فعند مالك تجب الصلوة والسلام في العمر مرة وعند الشافعي تجب في التشهد الأخير من كل فرض, وعند غيرهما تجب في كل مجلس مرة وقيل تجب عند ذكره وقيل بجب الإكثار منها من غير تقييد بعدد, وبالجملة فالصلاة على النبي أمرها عظيم وفضلها جسيم. وهي أفضل الطاعات وأجل القربات حتى قال بعض ال عارفين إنها توصل إلى الله تعالى من غير شيخ لأن الشيخ والسند فيها صاحبها ولأنها تعرض عليه ويصلي على المصلي بخلاف غيرها من الأذكار فلا بد فبها من الشيخ العارف و لا دخلها الشيطان ولم ينتفع صاحبها بها.
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya para ulama telah sepakat atas diwajibkannya membaca sholawat dan salam untuk Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Kemudian mereka berselisih pendapat mengenai bilakah kewajipan ini harus dilakukan. Menurut Imam Malik, cukup satu kali dalam seumur hidup.
READ MORE
Menurut Imam Syafi’i, wajib dibaca pada waktu tasyahud akhir dalam setiap solat fardhu. Menurut ulama lainnya, wajib dibaca satu kali dalam setiap majlis. Ada juga ulama yang berpendapat wajib membaca sholawat setiap kali mendengar nama Nabi صلى الله عليه وسلم disebut.
Dan ada juga yang mengatakan untuk memperbanyak sholawat tanpa dibatasi bilangan tertentu. Secara umum, membaca sholawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم merupakan hal yang sangat agung dan keutamaannya yg sangat banyak.”
Membaca shalawat merupakan bentuk ibadah yang paling utama dan paling besar pahalanya. Sampai-sampai sebahagian kaum ‘Arifin mengatakan:
“Sesungguhnya sholawat itu boleh menghubungkan pengamalnya untuk ma’rifat billah meskipun tanpa guru spiritual (mursyid). Karana guru dan sanadnya langsung melalui Nabi صلى الله عليه وسلم .”
Ingat, setiap sholawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم . dan beliau Nabi membalasnya dengan doa serupa. Hal ini berbeza dengan zikir-dzikir (selain sholawat) yang harus melalui guru spiritual (mursyid), yang sudah mencapai maqam ma’rifat. Jika tidak demikian maka akan dimasuki setan dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun.”
(Hasiyah ash-Shawi ‘ala al-Jalalain juz 3 hlm. 287).
Abdurrahman bin Samrah meriwayatkan sebuah hadits yang dituturkan oleh Sa’id bin al-Musayyab, bahwa Nabi SAW bersabda,
“Kulihat seorang dari umatku berjalan di atas shirath, kadang merangkak-rangkak dan kadang bergelantung. Kemudian datanglah sholawat (yang diucapkannya dahulu ketika hidup di dunia) lalu membangunkannya hingga dapat berdiri dan berjalan dengan kakinya, lalu ia diselamatkan oleh sholawatnya.”
(HR. Abu Musa al-Madini dalam at-Targhib wa at-Tarhib, hadits hasan jiddan).
Komentar
Posting Komentar
Terima kasih atas kunjungan Anda🙏🏼